Thursday, February 7, 2008

Kenapa Mak tulis blog? Bab 2


Seperti yang Mak jelaskan pada entry sebelum nie,blog Aku Tak Pedulik membuatkan Mak rasa terpanggil untuk bergiat dalam penulisan blog. Setelah berkali-kali membaca Aku Tak Pedulik, hati Mak yang lembut ini berdebar-debar rasa macam first time dapat bersama lelaki idaman Mak ( John I still remember your hairy arms).Ok la jom teruuzzzz cite pasal blog, nak meleret-leret lak pasal lengan bervulus si John (Mak dah tak kuasa dah nak layan kau John, sundal!).

Pengalaman dan pemerhatian Mak selama 7 tahun di Sri Lanka, mengajar satu perkara pasal orang berkulit hitam. Mereka di sana tidak pernah membenci dengan apa-apa gaya atau fesyen yang kawan-kawan, musuh-musuh, bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi mereka pakai.

Mereka tidak mengutuk kaum mereka sendiri hanya kerana memakai sari ketat ke (skinny sari), sari hijau pisang ke, sari gambar sabut kelapa ke, sari kaler rempah ke, sari merah menyala ke dan ada jugak tu pakai sari hitam tengah-tengah malam (pap kena langgar dengan motor masa lintas jalan, sesuai muka si Amutha Ponggaili tu).Yang lelakinya pulak, lagi teruk, pakai bellbottom kaler kuning, dengan kemeja warna maroon (tak macam kek lapis Sarawak ke?). Tapi tak da sape-sape pun kisah pasal apa yang mereka pakai.

Hitam-hitam kulit mereka pun, mereka tidak pernah sama sekali menghina, mencaci, menyoal, membenci apatah lagi tulis blog pasal sari-sari dan pakaian-pakaian yang kaum mereka pakai. Sebaliknya, mereka berusaha sama sendiri tanpa menyoal pasal pakaian, untuk membangunkan anak bangsa mereka untuk berjaya. Hidup mereka penuh dengan warna-warni kegembiraan untuk terus maju. Bukan seperti di negara kita ni, ada yang sanggup menghina, membenci, menjadi jugdmental, malah menulis berjela-jela panjang seperti Aku Tak Peduli pasal pakaian dan fesyen kaumnya sendiri (rujuk la ke Aku Tak Pedulik: Trend Terhangat, No. 3 Fesyen Acuan Topman).

Harap-harap Melayu Minamalis tu straight la, kalau dia pondan macam geng-geng Mak ni, amat memalukan kaum-kaum nyah di Malaysia ini. Kepada pembaca-pembaca Mak, Mak nak minta tolong ni, ada tak gambar Melayu Minamlis tu? Mak nak tengok, fesyen sangat ke dia tu? Tolong hantar kan gambar dia ye. tapi kalau dia hairy, Mak goyang gak.

Sehingga berjumpa lagi, boyfren Mak budak Ampang tu dah lima kali ajak masuk bilik...Ahaks!


Opsss...