Saturday, February 16, 2008

Selamat Menyambut Chap Goh Mei

Kepada semua pembaca-pembaca Mak baik lelaki, perempuan, adik-adik, janda-janda, duda-duda, abang-abang (mintak-mintak semua bermisai la ahaks), hadik-hadik (lain maksud dia daripada adik-adik ya), hakak-hakak (perkara sama juga dgn adik-adik), mak-mak hayam, ada nama ke, tanpa nama ke, besar ke minimal ke, askar ke, bombe ke, Mak menyusun sepuluh jari, minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak tulis blog.

Lepas buat show kat rumah Nancy Foo hari tu, Mak ditimpa kemalangan. Buah dada Mak ada masaalah sedikit. Nanti la Mak ceritakan apa yang terjadi pada entry yang akan datang. Itu pun kalau Mak ingat la.. Sedih la hati Mak, duit buat show habis bayar bil doktor kat Singapore. Cik suut Mak dibuatnye.

Walau bagaimanapun, Mak mengambil kesempatan ini (Mak mmg suka ambik kesempatan lebih-lebih lagi ke atas abg misai hihi), untuk mengucapakan ribuan terima kasih kerana sokongan semua pembaca-pembaca Mak yang tidak putus memberikan komen-komen dan ada juga yang ajak romen ( syoknya jadi blogger!).

(Radio di atas peti ais, sedang memainkan lagu Ramlah Ram, Kau Kunci Cinta Ku)

Mak tak sihat sekarang ni. Mak sakit Nyah. :(