Tuesday, April 1, 2008

Saturday, February 16, 2008

Selamat Menyambut Chap Goh Mei

Kepada semua pembaca-pembaca Mak baik lelaki, perempuan, adik-adik, janda-janda, duda-duda, abang-abang (mintak-mintak semua bermisai la ahaks), hadik-hadik (lain maksud dia daripada adik-adik ya), hakak-hakak (perkara sama juga dgn adik-adik), mak-mak hayam, ada nama ke, tanpa nama ke, besar ke minimal ke, askar ke, bombe ke, Mak menyusun sepuluh jari, minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak tulis blog.

Lepas buat show kat rumah Nancy Foo hari tu, Mak ditimpa kemalangan. Buah dada Mak ada masaalah sedikit. Nanti la Mak ceritakan apa yang terjadi pada entry yang akan datang. Itu pun kalau Mak ingat la.. Sedih la hati Mak, duit buat show habis bayar bil doktor kat Singapore. Cik suut Mak dibuatnye.

Walau bagaimanapun, Mak mengambil kesempatan ini (Mak mmg suka ambik kesempatan lebih-lebih lagi ke atas abg misai hihi), untuk mengucapakan ribuan terima kasih kerana sokongan semua pembaca-pembaca Mak yang tidak putus memberikan komen-komen dan ada juga yang ajak romen ( syoknya jadi blogger!).

(Radio di atas peti ais, sedang memainkan lagu Ramlah Ram, Kau Kunci Cinta Ku)

Mak tak sihat sekarang ni. Mak sakit Nyah. :(










Sunday, February 10, 2008

Terima Kasih Daun Keladi


Aduh penatnya hari ni. Malam tadi Mak baru habis buat show "Tiru Macam Mak" dekat Laundry Bar, The Curve dengan sekumpulan pondan dari Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama kumpulan pondan tu KKBHP (singkatan untuk Kuala Kubu Bharu Post-Pondan). Kelassss persembahan KKBHP tu. Ada yang jadi Sahara Yaakob, ada yang jadi Kak Nita , ada yang jadi Whitney Huoston (nasib baik tak payah make-up, sbb dia mmg hitam, thanks Saraswati) macam-macam la pondan-pondan tu jadi. Ramai jugak anak-anak ikan yang patah riuk datang.

Mak sampai rumah dalam pukul 4 pagi. Terus pasang lagu "Faith" oleh George Michael, Mak on computer, Ya Rabbi, banyaknye komen Mak dapat.Menitis air mata pondan Mak, Opsss kawan Mak la.. habis bedak kat muka. Dah sudah, tak da maknanya menangis, teruskan menulis dan hati Mak berkata.

Tak sangka penulisan Janda Meletopss dan geng pondan mendapat sambutan hangat. Tiba-tiba je Mak rasa blog Mak nie boleh popular kalau mak story pasal Mak and geng pondan (biasa la bila dah geng dgn pondan mcm Mak ni kan memang cepat perasan). Tapi tanpa sokongan oleh pembaca-pembaca, Mak takan sampai sejauh ni. I love you all, nanti Mak jemput semua tengok "Pondan, The Show". Mak janji semua orang dapat guestlists. Muaaaahhhh....

Selain daripada sokongan pembaca-pembaca semua, sokongan boyfren Mak, budak Ampang tu jugak, memberi semangat. Dia selalu tanya Mak, salah ke jadi "Lelaki Ampang"? sabar la sayang, bila show semua dah habis, I akan tulis blog untuk memberi semangat kepada semua lelaki Ampang....

Ok la semua, Mak penat sangat ni. Besok malam Mak nak bawa pondan-pondan Mak pergi private show kat rumah Nancy Foo dengan aqua-aqua cina untuk Gong Xi Facai. Kepada anak-anak ikan, kalau belom buat tetek palsu, minta je limau mandrin dari rumah apek sebelah.ahaks!

Opssss...